Yang Suka Blog Ini...

Saturday, July 4, 2009

Teko Coklat

Assalamualaikum
Tengah hari tadi selepas balik dari sekolah saya mengajak suami ikut saya merayau di bandar. Hasilnya dapat saya terkam 2 biji teko coklat ini. Menurut apek di kedai itu biasanya yang beli teko ini orang Cina. Hehe... saya pun pecah rahsia dan saya kata saya ni berdarah Cina dari sebelah abah. Moyang saya yang tiba di Tanah Melayu dahulu bertocang orangnya naik jong. Macam cerita Cina yang ada aksi Shaolin tu la... Malangnya saya tak dapat kulit cerah sebab kalau ikut genetik sebelah datuk mak saya mungkin berasal dari Asia Tengah. Masa mak gi haji dulu ramai yang sangka beliau orang Pakistan / Arab. Yang dapat gabungan kulit Cina / Pakistan / Arab adalah adik-adik saya. Ramai yang pelik kenapa saya gelap berbanding adik-adik yang lain. Apa yang ketara kami ni ramai yang berbadan besar. Mungkin bila dapat cucu nanti terserlahlah kecinaannya macam anak-anak sepupu saya.

Di kedai apek tu banyak barang lama... sudu bunga kangkung, mangkuk. Ada tu berukir ikan berwarna biru. Ada yang bercorak ayam. Ada gak lesung kayu berwarna coklat terselit di bawah para. Ada 2 lesung kayu antik di situ. Hmm bajet je kureng tadi.

No comments:

Post a Comment