Yang Suka Blog Ini...

Wednesday, July 22, 2009

Koleksi Doily


Saya suka mencuba corak-corak doily dari buku-buku yang saya fotostat sejak lebih dua puluh tahun lalu. Yalah nak beli buku memang mahal. Sudah lama juga saya tidak ke perputakaan berhampiran rumah. Masa cuti ada sahaja program kalau tidak dikerah bertugas di sekolah, saya menduduki peperiksaan PTK atau bertugas sebagai pensyarah sambilan di Institut Perguruan Tun Hussein Onn di Batu Pahat. Mungkin selepas ini saya kena bongkar semula barang di rumah untuk mencari kad perpustakaan yang entah di mana saya selitkan sewaktu banjir besar di Kota Tinggi. Rumah saya turut dinaiki air menyebabkan banyak bahan-bahan rujukan saya habis tenggelam khususnya nota-nota sewaktu di universiti dahulu. Sewaktu mengangkut buku-buku sebanyak 4 almari dalam banjir menyebabkan tangan sakit berbulan-bulan. Maklumlah meredah air dalam kegelapan malam dalam jarak 5o meter berulang-alik. Sedih betul bila kenangkan banyak foto-foto kenangan dan bahan-bahan rujukan melekat menjadi satu dimakan air.

No comments:

Post a Comment