Yang Suka Blog Ini...

Tuesday, July 14, 2009

Baru nak mula...

Salam semua..sebenarnya projek ni aku baru nak buat...walaupun aku masih kurang pengalaman tapi aku rasa nak cuba jugak!..Orang kata belum cuba belum tahu..mana tahu rezekiku berada disini..hee..hee Apapun aku nak berterima kasih pada k.g yang banyak memberi semangat dan sokongan untuk aku paparkan hasil kerjaku ini..
Nak tahu ke apa yang aku buat? Sebenarnya aku cuba masuk dalam industri sulam menyulam..bukan sulaman tangan..kalau yang tu makan masa lagi la jawabnya.. yang ini sulam berteknologi..menggunakan teknologi berkomputer..haaaa..macam canggih jer kan?? Sebenarnya x susah cuma beli jer mesin sulam berkomputer jenama JANOME..memang best giler! Yang kaku dan bangku pon boleh jadi pandai menjahit!! Mesi yang aku beli ni harganya memang agak mahal.mencecah RM 7000.00..tapi hasil yang akan diperolehi dengan menggunakan mesin ini akan lebih daripada itu...itupun atas kerajinan kita..hee
Sebenarnya aku dah pun menerima tempahan pada bulan Mei yang lalu..itupn daripada sekolah aku sendiri..GB aku minta aku buat sulaman pada tuala mandi untuk dihadiahkan kepada guru2 SKB sempena sambutan hari guru baru2 ni...40 helai dalam masa 2 hari!! Mau tak tidur aku dibuatnya..nasib baiklah ada suamiku yang setia menunggu..sambil membantu aku menyulam...sampai balik kampung pun aku terpaksa bawa mesin tu..dan hasilnya memang memuaskan hatiku..rasa bangga lak dapat hasilkan sesuatu untuk dijadikan kenangan!!
Upah yang aku ambil taklah mahal sangat..kira berbaloi la lagipun itu tempahan pertama aku terima... tempahan kedua pulak sulaman tudung..alaaa sulam bunga kat tepi tudung tu..aku guna fabrik bawal..kain ni elok sikit..yang ni PPM aku sendiri yang tempah..kira ok lah..
Masalah kat sini aku tak sempat nak upload gambar2 kat blog...x dak masa..nantilah aku akan cuba di masa akan datang...k.g ada menyuruh aku meletakkan hasil2 kerja ku disini..memang aku nak tapi masa x mengizinkan..lagipun ada banyak lagi yang belum aku siapkan..sabar lah yer bila siap nanti akan aku paparkan kat sini..dan kepada sesiapa yang berminat lehlah buat tempahan....hee..heeee..
Sekian dulu..untuk intro..nanti jumpa lagi k...dengan paparan hasil kerja ku..jeng..jeng..jeng

No comments:

Post a Comment