Yang Suka Blog Ini...

Monday, August 10, 2009

Projek terkini

Assalamualaikum
Lama juga tidak buat entri terkini. Maklum sibuk dengan tugas seharian dan kerja sambilan. Lega rasanya kertas soalan pelajar diploma pendidikan awal kanak-kanak saya sudah siap. Beberapa minggu lalu saya agak stress. Minggu hadapan peperiksaan akan berlangsung. Kerja-kerja menyemak assignment dan kertas soalan akan bermula. Tension lagi la tu...
OKlah jom layan apa yang saya sudah siapkan dalam kesibukan. Ni yang buat suami bising sebab saya memang tak boleh duduk diam. Saya akan ambil masa mengait semasa dalam perjalanan ke mana sahaja. Hehe... semangat tuh.

D1
bersaiz 12 inci = RM15
Alas gelas / coaster
1 dozen = RM15
D2
bersaiz 2 X 2 kaki = RM50

D3
bersaiz 8 inci = RM 10

D4
bersaiz 12.5 inci = RM15

D5
bersaiz 9 inci = RM10

No comments:

Post a Comment