Yang Suka Blog Ini...

Friday, July 24, 2009

Nur Kasih


Seronoknya Manjalara saya kerana telah menemui kasih sejati. Kini setelah disatukan, maka terbentuklah Nur Kasih untuk mengabadikan cinta mereka.

Thursday, July 23, 2009

Manjalara



Assalamualaikum
Tak tau nak bagi nama apa kat doily ini. Bagi nama Manjalara je la yek. Lagipun drama tu tengah ditayangkan di TV3. Bukan apa saja nak buat kenang-kenangan. Saiz Si Manja saya ini cuma 6 inci je. Comel tau kalau nak buat alas piring kuih atas meja makan atau buat alas almari bagi susun barangan kaca atau letak bawah pasu bunga pun orait. Pendek kata... ikut suka hangpa la nak taruk kat mana. Hai Mummyza... ada berkenan? Yang Mummyza oder ritu tak larat nak buat sebab banyak sangat kira-kira... mata blur tengok patennya. Yang ini memang cun melecun.

Wednesday, July 22, 2009

Cerlang Minda Prasekolah

Inilah cd interaktif yang telah saya hasilkan sendiri dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Harga hanya RM29.00 termasuk kos pos.

cerlang minda prasekolah

Koleksi Doily


Saya suka mencuba corak-corak doily dari buku-buku yang saya fotostat sejak lebih dua puluh tahun lalu. Yalah nak beli buku memang mahal. Sudah lama juga saya tidak ke perputakaan berhampiran rumah. Masa cuti ada sahaja program kalau tidak dikerah bertugas di sekolah, saya menduduki peperiksaan PTK atau bertugas sebagai pensyarah sambilan di Institut Perguruan Tun Hussein Onn di Batu Pahat. Mungkin selepas ini saya kena bongkar semula barang di rumah untuk mencari kad perpustakaan yang entah di mana saya selitkan sewaktu banjir besar di Kota Tinggi. Rumah saya turut dinaiki air menyebabkan banyak bahan-bahan rujukan saya habis tenggelam khususnya nota-nota sewaktu di universiti dahulu. Sewaktu mengangkut buku-buku sebanyak 4 almari dalam banjir menyebabkan tangan sakit berbulan-bulan. Maklumlah meredah air dalam kegelapan malam dalam jarak 5o meter berulang-alik. Sedih betul bila kenangkan banyak foto-foto kenangan dan bahan-bahan rujukan melekat menjadi satu dimakan air.

Puteri Aurora


Assalamualaikum
Lama tidak menulis. Mata pulak sejak keluar wad sering kabur. Tak boleh lama menghadap komputer. Saya diberi cuti sakit sejak Khamis hingga hari ini. Dok di wad 2 hari dari Khamis hingga Jumaat. Jadi banyak masa baring macam Puteri Aurora Beradu pulak. Nak mengait suami tak bagi. Namun sebelum masuk wad saya sempat buat doily bersaiz 20 inci ini. Saya namakan Puteri Aurora ajelah. Jom layan.

Tuesday, July 14, 2009

Baru nak mula...

Salam semua..sebenarnya projek ni aku baru nak buat...walaupun aku masih kurang pengalaman tapi aku rasa nak cuba jugak!..Orang kata belum cuba belum tahu..mana tahu rezekiku berada disini..hee..hee Apapun aku nak berterima kasih pada k.g yang banyak memberi semangat dan sokongan untuk aku paparkan hasil kerjaku ini..
Nak tahu ke apa yang aku buat? Sebenarnya aku cuba masuk dalam industri sulam menyulam..bukan sulaman tangan..kalau yang tu makan masa lagi la jawabnya.. yang ini sulam berteknologi..menggunakan teknologi berkomputer..haaaa..macam canggih jer kan?? Sebenarnya x susah cuma beli jer mesin sulam berkomputer jenama JANOME..memang best giler! Yang kaku dan bangku pon boleh jadi pandai menjahit!! Mesi yang aku beli ni harganya memang agak mahal.mencecah RM 7000.00..tapi hasil yang akan diperolehi dengan menggunakan mesin ini akan lebih daripada itu...itupun atas kerajinan kita..hee
Sebenarnya aku dah pun menerima tempahan pada bulan Mei yang lalu..itupn daripada sekolah aku sendiri..GB aku minta aku buat sulaman pada tuala mandi untuk dihadiahkan kepada guru2 SKB sempena sambutan hari guru baru2 ni...40 helai dalam masa 2 hari!! Mau tak tidur aku dibuatnya..nasib baiklah ada suamiku yang setia menunggu..sambil membantu aku menyulam...sampai balik kampung pun aku terpaksa bawa mesin tu..dan hasilnya memang memuaskan hatiku..rasa bangga lak dapat hasilkan sesuatu untuk dijadikan kenangan!!
Upah yang aku ambil taklah mahal sangat..kira berbaloi la lagipun itu tempahan pertama aku terima... tempahan kedua pulak sulaman tudung..alaaa sulam bunga kat tepi tudung tu..aku guna fabrik bawal..kain ni elok sikit..yang ni PPM aku sendiri yang tempah..kira ok lah..
Masalah kat sini aku tak sempat nak upload gambar2 kat blog...x dak masa..nantilah aku akan cuba di masa akan datang...k.g ada menyuruh aku meletakkan hasil2 kerja ku disini..memang aku nak tapi masa x mengizinkan..lagipun ada banyak lagi yang belum aku siapkan..sabar lah yer bila siap nanti akan aku paparkan kat sini..dan kepada sesiapa yang berminat lehlah buat tempahan....hee..heeee..
Sekian dulu..untuk intro..nanti jumpa lagi k...dengan paparan hasil kerja ku..jeng..jeng..jeng

Monday, July 13, 2009

Si Genit 21


Assalamulaikum
Hehe saja je buat tajuk begitu. Entah-entah ada yang ingat apa kes tajuk ni dibuat pula. Biasa bila tulis tajuk begitu ramai yang buat carian di internet... haha.... Tipah Tertipu rope-ropenye... Tu dia Si Genit 21 saya yang baru siap tadi. Cun kan gadis saya ni? Saya ingat nak jual 2 helai dengan harga RM 20 sahaja. Saiz gadis genit saya ni cuma 12 inci sahaja. Adaaa minat?


Sunday, July 12, 2009

Dapat Award

Saya dapat award ini dari Kak Intan. Terima kasih daun keladi.

Thursday, July 9, 2009

Roses Doily

Close-up biku ros

Boleh diletakkan di kerusi

Assalamualaikum
Lama juga tak memuatkan entri terbaru. Saya sibuk dengan urusan membungkus dan mengepos barang-barang yang dipesan oleh rakan-rakan. Beberapa hari lepas saya telah mulakan projek ini. Ada 24 kuntum ros perlu dibuat satu persatu membuatkan jari melecet. Sukar juga menyiapkan doily ros yang bersaiz 17 inci ini namun hasilnya memang menggeramkan bagi yang minat bunga dan warna merah samar. Apa kata Puan Inna Si Merah Samar?

Saturday, July 4, 2009

Pinggan


Pinggan bunga kangkung leper bersaiz 22.5cm ni tinggal sepasang je lagi. Semua dah habis pecah. Kalau letak kat rak display memang mengancam.

Koleksi piring

Piring kuih bersaiz 15.5cm

Pinggan wajik bak kataMat Gebu bersaiz 15.5cm

Piring kuih wajik yang berombak tepinya bersaiz 15.25cm

Piring cawan bersaiz 14.25cm

Piring kecik tak tau isi apa tertulis "A Good Name Is Better Than Riches"

Piring kuih bersaiz 15cm

piring ( sedikit melengkung ) biasanya digunakan untuk meletak acar bersaiz 15cm

piring cawan bersaiz 14.5cm

Piring kuih bersaiz 16cm

Piring kuih bersaiz 17cm

Assalamualaikum
Piring-piring ini saya dapat dari rumah mak di kampung. Semua piring ini ada sebelum saya lihat dunia ini 47 tahun lalu. Mungkin umur pinggan ni lebih dari 47 tahun. Banyak piring dan pinggan yang dah habis pecah. Bila tengok piring ini mengingatkan saya zaman kanak-kanak dulu. Kalau masa kenduri nenek cukup bising kalau cuci pinggan berderang-derung. Ganaz tul basuh pinggan. Sebab tu banyak yang sumbing. Mana tak nenek mengamuk sakan. Memang seronok duduk di kampung. Semalam saya hanya sempat bawa piring sahaja. Pinggan masih tersimpan di dapur mak.

Doily


Doily ini saya buat sepasang. Saiznya selebar 42cm. Agaknya berapa harga yang boleh saya letak ya?. Hehe.. saja suka-suka buat ni. Kalau ada yang berminat bolehlah sms saya. Kalau tak ianya akan diletak di rumah baru kelak.

Teko Coklat

Assalamualaikum
Tengah hari tadi selepas balik dari sekolah saya mengajak suami ikut saya merayau di bandar. Hasilnya dapat saya terkam 2 biji teko coklat ini. Menurut apek di kedai itu biasanya yang beli teko ini orang Cina. Hehe... saya pun pecah rahsia dan saya kata saya ni berdarah Cina dari sebelah abah. Moyang saya yang tiba di Tanah Melayu dahulu bertocang orangnya naik jong. Macam cerita Cina yang ada aksi Shaolin tu la... Malangnya saya tak dapat kulit cerah sebab kalau ikut genetik sebelah datuk mak saya mungkin berasal dari Asia Tengah. Masa mak gi haji dulu ramai yang sangka beliau orang Pakistan / Arab. Yang dapat gabungan kulit Cina / Pakistan / Arab adalah adik-adik saya. Ramai yang pelik kenapa saya gelap berbanding adik-adik yang lain. Apa yang ketara kami ni ramai yang berbadan besar. Mungkin bila dapat cucu nanti terserlahlah kecinaannya macam anak-anak sepupu saya.

Di kedai apek tu banyak barang lama... sudu bunga kangkung, mangkuk. Ada tu berukir ikan berwarna biru. Ada yang bercorak ayam. Ada gak lesung kayu berwarna coklat terselit di bawah para. Ada 2 lesung kayu antik di situ. Hmm bajet je kureng tadi.

Thursday, July 2, 2009

Teko Putih Teko Antik

9.5cm tinggi X 14cm lebar

12.5cm tinggi X 8cm lebar

Assalamualaikum
Teko ini saya temui semasa merayau selepas pulang dari sekolah tengah hari tadi. Kebetulan saya mengambil anak yang sedang praktikal di Klinik Pergigian Kota Tinggi jadi dialah peneman saya merayau. Hehe... Teko putih itu hanya tinggal 2 set sahaja. Manakala teko kecil bunga biru itu saya beli sepasang. Dah tak banyak stok kat kedai. Kalau ada yang minat boleh sms saya ya.